dari seorang gadis biasa.. kini ku sudah berkeluarga.. mempunyai seorang suami-kuku yang sentiasa berada disisi.. dan anak2 Haris Safeyullah dan Hana Humaira,permata kami, anugerah dari Allah s.w.t yang menyinari hidup kami berdua setiap hari.. :)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 3, 2016

Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - part 2


ok sambung cerita minggu lepas.

Day 1
lepas lunch di Restoran Lamun Ombak, kitorang terus bergerak ke Bukit Tinggi. perjalanan ambil masa dalam 3 jam patutnya. tapi kitorang ada singgah di Puncak Kiambang. minum air kelapa (padahal baru lepas makan) sambil tengok sawah padi. macam lah kat Malaysia xde sawah padi kan? agagagaga.


Puncak Kiambang. panas giler kat sini, angin siket pun xdek. 

ok teruskan perjalanan. kalau ikut itinerary asal, kitorang kena singgah Muzeum Rumah Gadang dan Lembah Anai Waterfall. tapi dengan selamba nya kitorang tak singgah, wakakaka. kitorang semua bukan kaki sejarah, so macam x minat nak pergi muzeum rumah2 ni. bole? ;p ok laa dalam group ni aku laa yang agak suke sejarah sebenarnya, tapi erm sejarah pasal minang x pe kot, kat Malaysia kan dah ada hehhehehe. Lembah Anai x singgah sebab hujan. konon2 balik nak singgah, tapi nan ado.

dah sampai Bukit Tinggi. ceh x sejuk pun ;p ingatkan sejuk macam Cameron ;p petang jugak ar sampai. sebab masa nak naik bukit Tinggi. diorang tengah public holiday masa tu.  kitorang check in di Hotel Bunda. ok hotel ni, overall ok. gambar xdek.

lepas solat n tukar pampers anak2, erm kitorang cuci mata untuk shopping kain sulam dulu. Pergi Putri Minang, Kedai Linduang Bulan dan ada la kedai lain x ingat nama.


pilih pilih!


me n hana, ezan, ros


abi dan Haris


ye ezan, kenapa? ;p


Ros beli banyak ;p sume pun lawa2 hehe


aku masa ni tak start engine sangat lagi. tapi nanti kat Pasar Baru aku macam huwarghhhhh semua nak beli hehe.

dah shopping, kitorang dinner di Ayam Penyet Wong Semarang. sambal dia sedap ok, tp portion siket sangat ar untuk orang kuat makan mcm aku ni hehe.


Day 2
hari ni nak pergi Danau Maninjau yey!! tapi pagi2 lepas sarapan, kitorang ajak Zainal pergi ke Sungai Landia Village dulu. macam Cameron jugak, cuma bezanya kat Cameron tanaman teh, kat sini sawah padi bukit2. 

on the way ke Sungai Landia Village, ada singgah kampung2 jugak.

berlatar belakangkan sawah padi

me n ezan. masa ni Zainal bawak kitorang singgah kedai yang buat barangan dari perak. x tengok sangat pun, kuku je yang tengok. hehe

ini kat Sungai Landia Village.

kat sana jalan2 rasa macam penat dan jauh sangat sebab dari tempat ke satu tempat agak jauh la. Sungai Landia Village ni pun jauh la ke atas jalan pusing2. tapi ok je iols xde la muntah pening pun. ok je.

so masa turun dari Sungai Landia Village ni kan.... tetibe terpukau nampak pemandangan yg sangat indah!! aku macam menjerit kecil juga laa... cantik gilerrrr... rupe2nye itulah dia Danau Maninjau. kene tengok live, memang cantik dan tenang sangatttttttt

huwaaa memang cantik dan mendamaikan sangat

tenang


hana ni pi tido pulak. hehe

Singgah juga di Kelok 44 untuk dapatkan sudut gambar yang lebih cantik

pemandangan Danau Maninjau dari  Kelok 44. cantik
balik dari Danau Maninjau, kitorang singgah makan cendol labu. sedap gak. lepas tu makan tengahari di Restoran Simpang Raya. kat sini sedap2 makanan Padang dia.

lepas lunch, balik hotel jap solat n itu ini itu ini. kitorang keluar balik untuk pergi ke Taman Panorama.

yang tu nak sambung minggu depan eh cerita. nak gi makan jap. nantikan part 3 eh, k byeeeee


Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - Part 1


Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - Part 3

Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - Part 4

1 comments on "Padang dan Bukit Tinggi Indonesia - part 2"

Please enjoy your trip with Kita Holidays Indonesia on August 9, 2018 at 4:54 PM said...

Asslamualaikum Tuan/Puan.

Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

Our motto : We serve you with heart

Wassalam
Contact person :

1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

 

Our Secret Garden Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez